Archive for May 7th, 2007
Menghitung Hari-Menunggu Lahirnya Seorang Insan
Sepatutnya, perkara ini dah lama ditintakan di sini. Sejak dari minggu-minggu ke 5 lagi dah di luahkan Namun sebelumnya tidak pernah terfikir untuk meluahkan perasaan ini. Tetapi timbulnya idea untuk berkongsi kegembiraan ini sejak beberapa hari lalu, setelah tryje.net berjaya diolah kembali.
Sungguh besar bezanya apabila mula terasa menjadi seorang ayah… kesian dan rasa kagum dengan isteriku yang begitu pasrah membawa zuriat kami yang bakal menghirup udara dunia tidak lama lagi. Jangkaannya bulan tujuh 2007 nanti, kira-kira 2 bulan lagi. Kalau dulu semasa kami masih berdua (saya dan isteri tercinta dah 4 tahun berkahwin)… emmm ke sana kemari tak usah ceritalah.. pantang ada kelapangan waktu ada sahaja tempat hendak dituju. Sekarang tak boleh lagi ??? bukan tak bole, boleh cuma kesian kat dia… saya boleh la kesana-sini, dia pun nak ikut sama.. tapi tulah.. faham-faham jelah bila dan berbadan dua nie… macam-macam…….
hari tu pergi tengok wayang (dah lama tak tengok wayang.. teringin la pulak) cerita ZOMBI KAMPUNG PISANG (Kelakar la pulak) tak sampai setengah jam dia kata tak tahan punggung ..duduk lama sangat… ish kesiah sungguh.. emm berkorban le sikit. lepas nie…. terpaksa stop buat aktivi hiburan..
Perjalanan menjadi seorang bapa itu, bagi saya penuh dengan perasaan yang berbelah bagi… kami tak pernah merancang.. namun tuhan belum mengizinkan kehadiran insan ketiga… dan kini berkat doa dan tidak pernah berputus asa(sebenarnya kami tidak pernah berjumpa mana-mana doktor atau guna cara tradisional) akhirnya… ialah tuhan itu maha esa maha kaya.. dia kata KUN FAYA KUN apa saja akan terus terjadi… maha suci Allah….
ps. nama dah kami fikirkan…
Testing – testing
This just a testing 123…post for gallery2 plug in
cuba guna galler2 ok ke tak ye…
